Need Help?

Siapakah MalayBites?
MalayBitesialah cara yang mudah, selamat dan ringkas untuk memilih dan memesan makanan dalam talian. Paling bagus, ianya PERCUMA! Anda boleh memilih daripada semua restoran kegemaran anda sama ada untuk penghantaran atau pengambilan. Dengan menggunakan MalayBites dalam talian, anda tiada lagi kesusahan dan keperluan masa yang berkaitan pemesanan makanan bawa pulang tradisional. Dalam istilah ringkas: tidak perlu lagi ke sana sini untuk mencari menu, membuat panggilan telefon yang tinggi kosnya atau memandu dalam hujan untuk mengambil makanan anda - tidak termasuk makanan dingin yang menunggu anda apabila anda sampai ke rumah!

Bagaimana MalayBites bekerja?

Okay, mari teliti langkah demi langkah cara memesan makanan dalam talian dengan MalayBites:

1) Pergi ke www.MalayBites.my & cari restoran tempatan anda
2) Pilih restoran kegemaran anda dan pilih item menu anda
3) Pilih opsyen penghantaran anda dan kaedah pembayaran
4) Semak semula & hantarkan pesanan makanan anda
5) Nikmati makanan anda!

Hebat, jadi bagaimana sebenarnya restoran menerima pesanan saya?
MalayBites menghantar pesanan anda secara digital ke restoran dengan serta-merta. Kami kemudiannya menghubungi restoran untuk mendapatkan pengesahan bahawa pesanan anda sudah diterima. Jika terdapat sebarang masalah, anda akan diberitahu oleh restoran.  MalayBites akan memastikan anda mendapat keutamaan tertinggi bagi menjamin agar anda tidak akan kecewa. 

Jadi apakah yang boleh MalayBites tawarkan kepada saya?

Dengan memesan makanan dalam talian menerusi MalayBites kami boleh menawarkan anda:

1) Kemudahan: kami menghapuskan menu bercetak dan isyarat sibuk apabila menghubungi restoran, anda boleh membuat pesanan dalam talian tanpa gangguan

2) Pengetahuan dan komuniti: baca ulasan dalam talian sebelum anda membuat pesanan dan nyatakan pendapat anda menerusi ulasan selepas anda makan.

3) Istimewa: akses kepada pelbagai tawaran istimewa dan promosi yang hanya ditawarkan di MalayBites

4) Kepantasan: Menggunakan pilihan kegemaran kami, anda boleh memesan semula makanan anda sebanyak mana yang anda suka, pada bila-bila masa. 

Okay Jom Makan Sekarang?
Hebat, mari kita mulakan! Pertama sekali, anda perlu mencari restoran yang anda gemari di kawasan anda. Dari situ, biar hidung anda yang memandu arah. Anda akan mendapat kejutan menyeronokkan. Kami menghargai sebarang maklum balas mengenai makanan yang anda makan, restoran yang anda temui dan prestasi laman web ini.

Selamat makan!